Friday, 8 July 2011

puasa

sekarang ni aku tengah bersungguh-sungguh nak ganti puasa tahun lepas yang entah berapa banyak hari aku tinggal. aku dah niat nak ganti dalam 20 hari tapi setakat ni baru dapat buat 5 hari. masuk hari ni 6 la. heheh. eh, jangan salah faham aku bukan tinggal puasa sampai 20 hari ye. melampau la tu. haha. tu adalah jumlah daripada tahun lepas dan tahun lepas-lepas. aku bajet-bajet je la. ganti lebih-lebih sikit tak salah pon kan. hee. harap-harap dapat la ganti semua sebelum masuk bulan ramadhan. :)


tak sabar nak tunggu bulan ramadhan. esok dah plan dengan my mum nak buat biskut cornflakes. heheh. teruja punya pasai. :D